KURSUS TAWARAN DIBAWAH SIJIL KOLEJ KOMUNITI
SIJIL TEKNOLOGI MAKLUMAT
Sinopsis
Program Teknologi Maklumat adalah salah satu program yang membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja secara teori bahkan juga secara amali dalam bidang Teknologi Maklumat. Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi secara praktikal pelajar boleh mengendalikan tugas berkaitan IT sekaligus ia dapat membantu melaksanakan tugas mereka dengan cekap dalam persekitaran kerja. Program ini juga dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan:
1. Perisian aplikasi, pemasangan komputer, asas pengaturcaraan, komunikasi data, arkitektur komputer, sistem pengoperasian, etika digital dan keselamatan siber.
2. Pangkalan data, rangkaian komputer, asas multimedia, pembangunan reka bentuk laman web, pengenalan analisis dan rekabentuk sistem dan pentadbiran pelayan dan rangkaian.
3. Pembangunan aplikasi mudah alih, internet of things, pengaturcaraan berorientasikan objek dan projek pelajar.
Prospek Kerjaya
Bidang ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang teknologi maklumat yang mana ia boleh diimplimentasikan bagi kerjaya di dalam bidang teknologi maklumat. Pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang ini, membolehkan pelajar memulakan kerjaya seperti:
1. Juruteknik Komputer.
2. Pembantu Pengaturcara.
3. Pembangun Laman Web.
4. Khidmat Sokongan IT.
5. Usahawan Teknologi Maklumat.
6. Pembantu Tadbir.
Syarat Kemasukan
Lepasan SPM
i. Warganegara Malaysia;
ii. Memiliki SPM atau setaraf;
iii. Lulus Bahasa Melayu;
iv. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas);
*Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali.
Tempoh Pengajian
16 bulan / 4 Semester.
Tempoh pengajian adalah selama 16 bulan (mencukupi 60 jam kredit).