MAKLUMAT AM
Sinopsis Kursus Pendek :
- Memberikan pendidikan dan latihan kepada semua lapisan masyarakat setempat untuk meningkatkan kualiti hidup.
- Memberikan latihan kepada masyarakat setempat untuk meningkatkan mutu kerja.
- Memberi pendidikan sepanjang hayat kepada lapisan masyarakat yang berminat melalui program yang fleksibel dan mudah akses.
Kumpulan Sasaran :
- Lepasan sekolah/penganggur.
- Suri rumah.
- Pekerja industri/swasta/awam.
- Bekerja sendiri.
- Pesara.
- Pertubuhan Bukan Kerajaan.
- Warga Emas (60 tahun dan ke atas).
- Orang Kelainan Upaya (OKU).
Prospek Latihan :
- Peserta kursus diharapkan akan dapat menguasai kemahiran dalam kursus yang disertai agar boleh membantu meningkatkan mutu kerja dalam kehidupan masing-masing.
- Latihan akan dapat menyediakan pengetahuan asas dalam memilih kerjaya yang sesuai samada bekerja sendiri atau bekerja dengan majikan.
Standard Operating Prosedure (SOP) Bagi Mengekang Jangkitan Covid-19 :
Kursus pendek yang dijalankan akan mengikut Piawaian Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia dari masa ke semasa. Peserta-peserta yang hadir juga diwajibkan mematuhi SOP yang ditetapkan iaitu memeriksa suhu badan, memakai pelitup muka dan memakai hand sanitizer.